Emblem-Emblem
Yang Menggambarkan Kesantunan Nonverbal
Ekspresi Muka
· Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti: perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat.
Ekspresi muka takut Ekspresi muka marah
Ekspresi muka gembira Ekspresi muka sedih
· Orang lain dapat mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita.
· Dalam sesetengah budaya, muka yang masam ketika berjumpa dengan orang lain merupakan ekspresi yang tidak sopan.
Gambar-gambar muka masam
·
Gambar muka senyum
Mata
· Daripada pandangan mata, dapat kita tahu tentang sikap seseorang, topik yang dia mahu bincang sekarang, benda yang diminatinya, perkara yang dia perhatikan dan sebagainya.
· Tatapan mata juga menunjukkan ketertarikan, tetapi ini mungkin berbeza antara budaya dan suku bangsa.
· Bagi sesetengah bangsa, berbicara dengan memandang lansung dianggap tidak sopan jika dilakukan kepada peserta yang lebih tua atau kedudukan sosialnya lebih tinggi.
· Jika melihat dengan 60% menatap langsung itu bermaksud seseorang itu tertarik. Ketertarikan adalah satu penghormatan terhadap lawan bicara.
· Tatapan 80 % itu biasa ditafsirkan ketertertarikan secara seksual. Pada situasi tertentu, tatapan ini ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak sopan.
· Tatapan 100%, iaitu melihat terus menerus tanpa berkedip, adalah tatapan yang bererti perlawanan. Orang berkelahi yang biasanya melakukan tatapan sebegini. Dalam kebanyakan situasi, tatapan sebegina dianggap sangat tidak sopan.
Gerakan isyarat (gesture)
· Gerakan isyarat adalah gerakan badan, kepala, tangan, dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan pesanan tertentu.
· Misalnya, apabila seseorang bertanya, jawapannya dapat ditunjukkan dengan menggunakan gelengan sebagai pengganti kata “tidak”.
·
Begitu juga kita dapat menggunakan gerakan bahu apabila kita mahu menjawab sesuatu yang masih meragukan atau tidak tahu,
· Membuat ibu jari dan telunjuk berupa lingkaran untuk menyatakan “OK”, dan sebagainya.
· Mengangkat ibu jari yang mengarah ke atas menunjukkan pujian, manakala ibu jari yang mengarah ke bawah membawa maksud yang tidak baik.
Sentuhan
· Sentuhan banyak digunakan untuk memberikan dorongan, pernyataan kehalusan budi dan sokongan emosional
· Sentuhan lebih berkuasa dan berkesan daripada kata-kata.
· Misalnya, apabila seorang teman baru saja menerima berita buruk, suatu tepukan di bahu teman tersebut dapat menyenangkan hatinya dengan lebih berkesan berbanding dengan kata-kata yang diucapkan sebagai tanda memahami keadaannya.
· Sentuhan yang dianggap tidak bersopan bergantung pada bahagian tubuh yang menyentuh dan disentuh, interaktif dan cara sentuhan dilakukan.
·
Ketika bertemu dengan orang lain, umumnya kita berjabat tangan sebagai tanda bersalaman.
· Jika kita bertemu dengan orang yang dinilai tinggi darjatnya seperti ulama, guru dan orang tua, mencium tangan, atau menyentuhkan pipi pada tangan boleh dilakukan sebagai satu tanda kesopanan dan penghormatan.
· Berjabatan tangan yang disertai penyentuhan pipi dilakukan untuk menunjukkan hubungan yang akrab dan mesra, biasanya dilakukan dalam kalangan kaum perempuan sahaja atau kaum lelaki sahaja.
Sikap tubuh
· Secaru umumnya, orang yang mempunyai status yang lebih rendah, lebih kaku dan kelihatan tegang
· Manakala orang yang berstatus lebih tinggi, biasanya kelihatannya lebih relaks.
· Berdiri kaku, agak menunduk, tangan disilang mengarah ke bawah adalah gestur paling umum bagi orang bawahan.
· Ketika dihidangkan makanan, kita dianggap tidak bersopan jika kita menolak hidangan tersebut atau mengkritik bahawa makanan tersebut tidak disukai atau tidak sedap dimakan. Di sebaliknya, kita haruslah mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang menghidangkan makanan tanpa memberi komen negatif terhadap makanan tersebut agar tidak menyakiti hati tuan rumah.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment