Tuesday, August 13, 2013

ISU GEJALA SOSIAL : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA


ISU GEJALA SOSIAL 
PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA


Caption: Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.

Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

   


PENGENALAN


     Gejala sosial ialah perilaku buruk yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan nilai-nilai murni. Dewasa ini, isu keruntuhan moral dalam kalangan remaja sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat dan sering terpampang dalam akhbar tempatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu gejala sosial dalam kalangan remaja telah mencapai satu tahap kritikal. Keruntuhan moral dalam kalangan remaja menunjukkan ketidaksantunan remaja kita pada hari ini. Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti negatif seperti mat rempit, gangsterisme, vandalisme, buli dan yang paling serius, pergaulan bebas.


     Pergaulan bebas sering dikonotasikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas, narkoba, kehidupan malam, dan sebagainya. Istilah ini diadaptasi daripada budaya barat, iaitu kebebasan melakukan sesuatu tanpa takut menyalahi norma-norma masyarakat. Konsep ini amat berbeza dengan budaya timur yang menganggap semua itu adalah hal tabu sehingga sering kali kita mendengar ungkapan “jauhi pergaulan bebas” kerana bagi masyarakat kita, pergaulan bebas itu telah menentang konsep yang kita berpegang teguh selama ini, iaitu kesantunan.


     Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Remaja-remaja ini hilang sikap kesantunan yang patut ada pada jati diri mereka. Hal ini bertambah buruk apabila seseorang remaja itu tidak mengamalkan nilai harga diri, iaitu kesanggupan menjaga maruah diri dalam kehidupan seharian. Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan harus dihindari setiap remaja. Hal ini memerlukan perhatian orang ramai bagi menyelematkan remaja-remaja kita daripada terus terjebak dalam isu ini.




Faktor-faktor

     Sebelum merancang langkah-langkah untuk menyelamatkan remaja-remaja kita, kita seharusnya mengenalpasti punca-punca remaja melakukan pergaulan bebas agar masalah ini dapat diselesaikan dengan berkesan.



1. Tahap Iman yang lemah

          Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman. Kehilangan kesantunan, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu. Seseorang itu akan mengalami kehilangan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya lemah dan kosong. Oleh itu, seseorang itu tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan.



2. Dunia Cinta Remaja 


          Pergaulan bebas antara remaja lelaki dan remaja perempuan disebabkan oleh perasaan ingin berpasangan yang semakin menghantui mereka. Apabila perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu hal ini akan menimbulkan gejala-gejala sosial yang tidak diingini seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.



3. Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah


          Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet amat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain kerana internet dapat melintas sempadan negara, sukar disekat, ditapis dan dihalang. Bahan-bahan lucah boleh didapati dengan begitu mudah sahaja melalui internet. Selain itu, rancangan yang disiarkan di televisyan juga selalu memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan juga memberi kesan negative kepada remaja. Sekiranya kita perhatikan, banyak majalah yang memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka yang tidak bersantun dalam mata orang Timur.



Kesan-kesan


     Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat kita lihat dalam masyarakat barat yang membudayakan pergaulan bebas. Antara kesan negatif pergaulan bebas dalam kalangan remaja ialah:



1.Pembuangan bayi


          Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini membawa kepada kehadiran individu yang ketiga yang tidak diharapkan (mengandung sebelum berkahwin). Situasi ini lebih serius apabila remaja lelaki yang berjanji semati hidup itu tidak mahu bertanggungjawab atas individu yang ketiga itu serta menghilangkan diri. Dalam situasi tersebut, remaja perempuan yang hilang kewarasan akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.



2. Perceraian dan keruntuhan rumah tangga


          Kebanyakan pemuda-pemudi berkahwin akibat pihak perempuan mengandung. Pembinaan rumah tangga sebegini biasanya tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya terdapat pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas sebelum perkahwinan, perkahwinan ini tidak dapat bertahan lama biasanya. Institusi keluarga mudah mengalami kepincangan yang seterusnya membawa kepada penceraian walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Hal ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia. Keruntuhan rumah tangga mampu menjejaskan masa hadapan anak-anak.



3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut

          Terdapat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh hubungan bebas antara lelaki dan wanita. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini merosakkan system pertahanan badan dan boleh membawa maut. Penyakit ini paling banyak disebar melalui pergaulan bebas. Ubat bagi mengubati AIDS masih belum ditemui sehingga ke hari ini.



Langkah mangatasi

     
          Memandangkan masalah ini semakin menular dalam kalangan remaja, langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti berikut:



1. Peranan ibu bapa



          Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa memperhatikan perkembangan fizikal dan mental anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat yang diikuti oleh remaja. Maka ibu bapa perlu memainkan peranannya dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan anak-anak remaja bersantun sentiasa dalam pergaulan, pertuturan, cara perpakaian dan sebagainya. Hal ini demikian kerana sikap remaja menggambarkan kejayaan atau kegagalan didikan keluarga. Ibu bapa tidak patut terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak remaja yang memerlukan kasih saying dan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik, iaitu sentiasa bersantun agar sikap baik ini dicontohi anak-anak.


2. Peranan pihak sekolah


          Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui ceramah. Pendidikan formal mengenai seksualiti harus diberikan kepada remaja agar mereka sedar akan kesan negatif pergaulan bebas. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka daripada terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas






No comments:

Post a Comment