Friday, August 16, 2013

M6 : KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

KONSEP KESANTUNAN 
MERENTAS BUDAYA 
DENGAN MERUJUK KEPADA 
KONTEKS MASYARAKAT MALAYSIA

BUDAYA


Ø secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia 
Ø berhubungan erat dengan masyarakat
Ø Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski : segala yang terdapat dalam sesebuah masyarakat berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat itu sendiri 
Ø Herskovits : budaya diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya
Ø Andreas Eppink : kebudayaan ialah ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
Ø Edward B. Taylor: budaya ialah konsep menyeluruh yang rumit yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat
Ø Budaya objektif : budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. q
Ø Budaya subjektif : budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. q
Ø Budaya kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan

KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA


Ø Kesantunan yang bergantung pada budaya / perbuatan dalam masyarakat masing- masing
Ø Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja q
Ø Pemahaman tentang apa-apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi
Ø KOMUNIKASI SILANG BUDAYA = komunikasi melibatkan pelbagai budaya
Ø Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan
Ø Setiap budaya mempunyai tanggapan masing- masing mengenai apa-apa yang betul / salah

CONTOH : Kesantunan Merentas Budaya

  1. CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka
  2. Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd yang terdiri daripada orang Malaysia, Jepun, Kanada dan UK.
Segala komunikasi sebegini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat :
        lisan/bahasa
        Pergerakan/tingkah laku
        Mimik muka


DALAM KONTEKS KOMUNIKASI

TINGGI :
Ø  Fokus kepada kandungan tersirat yang ingin disampaikan
Ø  Contoh : intonasi, isyarat badan dan persekitaran

RENDAH :
Ø  Fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan.
Ø  Jelas, tepat dan terus terang.
Ø  Sekiranya tidak setuju, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias / hanya menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan / mimik muka.

CONTOH KESANTUNAN

1.     MASYARAKAT MELAYU
ü   Berpegang kuat pada adat resam dan agama
ü   Memberi salam apabila bersua
ü   Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
ü   Berkata sapan.
ü   Mematuhi sistem panggilan.
ü   Melayan tetamu dengan baik
ü   Menghormati orang tua.


2.     MASYARAKAT CINA
ü   Tunduk ketika memberi salam.
ü   Orang tua makan dahulu
ü   Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu sebelum bermula makan
ü   Dalam tokong, tidak membenarkan memakai topi.
ü   Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah



3.     MASYARAKAT INDIA
ü   Duduk bersila semasa makan.
ü   Tidak membazirkan makanan.
ü   Senyap semasa bersembahyang.
ü   Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
ü   Mematuhi adat dan resam
ü   Salam orang yan lebih tua.


RUMUSAN: Secara jelas, kita dapati bahawa adanya persamaan dan perbezaan antara masyarakat Melayu, Cina dan India dalam konteks kesantunan. Hal ini disebabkan oleh latar belakang dan budaya yang berbeza antara kaum-kaum.





Dalam Aspek Perkahwinan:
Upacara perkahwinan berbeza-beza antara kaum disebabkan oleh latar belakang budaya yang berbeza.

1. PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

Ø ADAT MERISIK: tahap awal penjodohan yang melibatkan pertemuan wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Proses ini dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua-dua belah pihak.

Ø Pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati itu masih belum berpunya dan menyelidik latar belakang si gadis. 

Ø MEMINANG: Ibu bapa anak dara tidak akan memberi jawapan yang muktamad. Mereka diberi tempoh untuk memberi jawapan (bertangguh) Adat ini mencerminkan budaya Melayu yang berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

Ø AKAD  NIKAH : Suatu ajaran agama di mana doa selamat dibacakan sebagai tanda kesyukuran. Mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan.

Ø UPACARA  BERSANDING: dijalankan di rumah pengantin perempuan. Air mawar akan dipercikkan pada mereka sebagai tanda doa. Tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.



2. PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Ø ADAT MERISIK: Dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Perbincangan antara dua buah keluarga akan diadakan. Tradisi ini diadakan untuk mengeratkan perhubungan di antara dua keluarga. Topiik perbincangan adalah berkenaan latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Ø MEMINANG: dijalankan setelah dua keluarga berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing. Setelah dua pihak saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Ø MAJLIS PERKAHWINAN: Upacara meminum teh diamalkan sebagai lambang penerimaan pasangan pengantin. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menunjukkan penghormatan terhadap orang yang lebih tua dalam keluarga.

Ø JAMUAN PERKAHWINAN: Saudara mara, rakan-rakan dan jiran dijemput. Mereka akan memberi ang-pau kepada pasangan pengantin sebagai tanda restu. Kedua-dua pengantin beramah mesra dengan ahli keluarga untuk menjalin hubungan yang akrab anatara dua buah keluarga.



3. PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Ø ADAT MERISIK: Pelbagai faktor (etnik, sub etnik, kasta, agama dan dll) diberi perhatian.
Ø KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN: Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat paras rupa calon isterinya. Buah tangan dibawa sebagai tanda niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju

Ø IKAT JANJI : Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Wakil lelaki datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dan memberikan hadiah kepada wakil perempuan. Bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut

Ø UPACARA PERKAHWINAN: Untuk menghormati dan mendapat restu, menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua), sari (ibu mertua) dan wang.




RUMUSAN: Adat dan majlis perkahwinan diadakan secara berperingkat dengan tujuan menunjukkan penghormatan terhadap pendapat orang tua, mengeratkan hubungan antara dua keluarga, mendapatkan restu daripada saudara mara dan rakan-rakan, memastikan pasangan yang dipilih sesuai serta memastikan upacara-upacara dijalankan dengan sopan 

No comments:

Post a Comment