Friday, August 16, 2013

M5 Konsep Penjagaan Muka

KONSEP PENJAGAAN MUKA 
DALAM CERPEN





“Pak, cantik tak?” laung Jali kepada Pak Itam yang masih  

 terjenguk di jendela.

Ø  Penggunaan kata ‘pak’ menunjukkan Jali menghormati dan menjaga status Pak Itam sebagai seorang yang lebih tua daripadanya.


Cerpen ‘Idola’, antologi Harga Remaja

 "Saudara berhentilah memuji saya. Sau ... saudara pujilah diri 

saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot 

matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.

Ø  Perbualan di atas menggambarkan si hero menjaga muka si penjaga panggung apabila bertutur dengannya dengan menyuruhnya berhenti memuji si hero, sebaliknya memuji dirinya sendiri.




“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,” kata Mikraj.
“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata.
“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?” Sura Mikraj semakin lama semakin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”

Ø  Perbualan di atas menggambarkan Israk seorang yang tidak menunjukkan kesantunannya ketika bertutur dengan adiknya, Mikraj.


“Jering tempoyak lagi!” rungut Israk.
Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri, serendah mutiara di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.

Ø  Pertuturan di atas menunjukkan Israk tidak menjaga maruah neneknya, Wah kerana dia mengkritik makanan yang disediakan oleh Wah secara terus-terang.



No comments:

Post a Comment