Isu
Pengaruh Politik : Kesantunan dalam mendapatkan Pengaruh Politik
PENGENALAN
Pengaruh secara umumnya merujuk kepada satu keadaan di
mana seseorang cuba membuat orang lain menyukainya atau menyokongnya. Misalnya
A boleh mempengaruhi B sekiranya kehendak A menyebabkan perubahan pada
tingkahlaku B.
Dalam ilmu politik, pengaruh berkait rapat dengan
kekuasaan. Pengaruh ialah alat kekuasaan yang amat penting dalam mengekalkan
kedudukan ahli politik. Tanpa pengaruh, adalah mustahil seseorang pemimpin itu
boleh mempertahankan kekuasaannya.
ISU-ISU
Kini, seseorang akan melakukan apa sahaja untuk
mempengaruhi orang lain bagi mencapai dan memenuhi cita-citanya tanpa
mempedulikan cara mendapatkan pengaruh itu bercanggah dengan norma masyarakat
atau tidak. Bagi mereka, pengekalan kuasa adalah paling penting. Kita sering
menyaksikan perpecahan dan pertentangan sesama sendiri untuk mencari pengaruh.
Mereka berlumba-lumba mencari pengaruh tanpa menghiraukan cara untuk
mendapatkannya. Matlamat menghalalkan cara. Pengaruh mesti dicari dalam apa
keadaan pun hatta terpaksa menggunakan unsur-unsur paksaan. Pencarian pengaruh
dikuasai oleh hawa nafsu semata-mata. Wang ringgit dicurahkan demi untuk
mengekalkan dan menambahkan pengaruh. Rasuah bermaharajalela. Tidak kurang juga
yang menggunakan kuasa yang ada untuk mengekalkan pengaruh. Kuasa digunakan
sewenang-wenangnya untuk mengekalkan sokongan rakyat. Fitnah-menfitnah sering
berlaku. Prinsip-prinsip ikhlas dan amanah tidak dihiraukan lagi. Oleh itu,
dalam keghairahan mencari pengaruh, prinsip-prinsip mulia mesti disemaikan di
dalam diri.
Hal ini amat membimbangkan dan jelas menunjukkan kemerosotan kesantunan
dalam kalangan ahli politik Malaysia. Pengembalian kesantunan, tatasusila dan
ketertiban dalam medan politik dan dalam kehidupan masyarakat mestilah diberi
keutamaan sebagai salah satu langkah untuk mewujudkan masyarakat yang membudayakan
sikap kesantunan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
pengaruh itu penting dalam hidup bermasyarakat. Pengaruh penting kepada manusia
yang hidup berkumpulan untuk menjadi satu pasukan yang kuat. Dengan adanya
pengaruh, benteng yang kukuh untuk mempertahankan diri dapat dibentuk. Ibu bapa
mempengaruhi anak-anaknya untuk menghormati mereka melalui pendidikan. Guru
mempengaruhi muridnya melalui ilmu yang diajarkan sehinggakan guru itu
dihormati oleh muridnya.
Pemimpin pula cuba mempengaruhi rakyat untuk mengekalkan kedudukannya dengan melaksanakan pembangunan negara. Dalam pilihanraya, pemimpin-pemimpin yang bertanding akan cuba mempengaruhi orang ramai dengan menjanjikan kemudahan-kemudahan yang akan diperoleh oleh mereka. Janji-janji yang tidak dikotakan merupakan satu etika yang tidak digalakkan. Hal ini sering berlaku dalam dunia politik Malaysia.
Namun demikian, pengaruh boleh membawa keburukan jika tidak digunakan mengikut saluran yang betul. Cara untuk mendapatkan pengaruh melalui saluran yang tidak sepatut akan menjerumuskan seseorang itu ke kancah pehnginaan. Misalnya, pengaruh melalui paksaan, rasuah, penindasan, kezaliman dan lain-lain lagi. Hal ini juga pernah berlaku di Malaysia di mana ahli politik terlalu mengidamkan kekuasaan politik sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak bersantun dan tidak bermoral.
Cara mendapatkan pengaruh politik melalui saluran yang betul ialah menggunakan strategi yang diplomatik, berakhlak mulia, berlemah lembut, bersantun ketika berbahasa dan berbudi bahasa tinggi. Amalan menawarkan harta benda, intan berlian atau menggunakan bomoh (sihir) untuk mendapatkan sokongan orang ramai harus dielakkan.
Cemuhan yang diterima harus dihadapi dengan sabar dan
bersantun dan bukannya membalas dengan cemuhan atau bahasa yang tidak
bersantun. Perkara membalas-balas cemuhan antara ahli atau badan politik pernah
berlaku di Malaysia di mana kedua-dua pihak mencemuh melalui media. Sikap ini
dianggap tidak bersantun. Hal ini telah menjejaskan kesejahteraan dalam dunia
politik Malaysia.
SIFAT POSITIF
Beberapa
perkara berikut hendaklah dipegang teguh dalam mendapatkan pengaruh politik.
Antaranya ialah:
1. Pemimpin
hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dan mulia.
2. Bertanggungjawab
kepada orang yang lebih tinggi kedudukan.
3. Jangan
bangga diri, elakkan diri dari mengecam atau memandang rendah kepada
orang lain.
orang lain.
4. Jangan
terlalu bersikap memerintah kerana setiap orang tidak suka diperintah. Elakkan
diri dari berkata: "Buat ini, buat itu".Tetapi berkatalah: "Apakah anda bersedia
melakukan ini"?
diri dari berkata: "Buat ini, buat itu".Tetapi berkatalah: "Apakah anda bersedia
melakukan ini"?
5. Selalu
memberi pujian dengan ikhlas dan berbudi pekerti mulia.
6. Menghargai
pendapat orang lain dan rendah diri.
7. Berlemah
lembut dan menyenangkan hati orang lain.
8. Sentiasa
ingat orang lain. Setiap orang suka diperhati. Mendahului ucapan salam.
9. Serikan
wajah dengan senyum yang ikhlas.
10. Lihat
kelebihan orang lain daripada melihat kekurangannya. Setiap orang ingin
dianggap baik dan penting.
dianggap baik dan penting.
SIFAT NEGATIF
Dalam mendapatkan pengaruh politik, Sewajarnya kita
meninggalkan sifat-sifat yang negatif seperti:
1. Menggunakan
pengaruh sehingga menggadai dan mempersendakan agama, bangsa
dan negara. Agama tidak patut dijadikan alat untuk mencapai matlamat tertentu.
dan negara. Agama tidak patut dijadikan alat untuk mencapai matlamat tertentu.
2. Menggunakan
wang ringgit atau harta kekayaan (Rasuah)
3. Menaburkan
janji kosong (Penipuan)
4. Menggunakan
sihir (bomoh)
5. Mengecam,
menghina atau cuba menjatuhkan peribadi orang lain
KESIMPULAN
Dalam mendapatkan pengaruh politik, setiap pemimpin
haruslah memiliki iman dan akhlak yang tinggi. Sekiranya prinsip-prinsip asas
dalam mencari pengaruh diikuti, matlamat untuk mewujudkan suasana politik yang
stabil dan harmoni akan tercapai.
No comments:
Post a Comment