Tuesday, August 13, 2013

ISU MEDIA: KESANTUNAN BAHASA DALAM MEDIA

                      Isu Media








Media, cetak mahupun elektronik memainkan peranan yang cukup penting sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik, indah dan persis. Tambahan pula, teknologi media yang semakin canggih serta berkeupayaan menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas. Bahasa merupakan wahana terpenting untuk menyampaikan maksud dalam sesuatu media. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa dalam media amat mempengaruhi gaya berbahasa dan berkomunikasi masyarakat kita.

Jika dahulu ramai dalam kalangan kita setiap pagi berpusu-pusu membeli akhbar untuk mengetahui isu negara. Namun, hari ini suasana negara amat berbeza berbandingan 20 atau 30 tahun yang lalu. Telefon bimbit bukan hanya sekadar berfungsi sebagai medium untuk komunikasi semata-mata malah telefon bimbit masa kini telah dilengkapi dengan pelbagai aplikasi bercorak IT seperti kemudaan akses internet, kamera, permainan digital, aplikasi 3G dan sebagainya. Kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) antara aplikasi yang untuk  menyampaikan mesej atau maklumat kepada teman, ibu bapa mahupun insan tersayang dengan mudah dan pantas.

Malangnya, penggunaan bahasa kasar atau bahasa kesat atau bahasa tidak sopan ini di media  telah menjadi satu fenomena yang tidak terkawal lagi pada hari ini. Jika difahami dari aspek definisinya, bahasa pasar merupakan bahasa Melayu yang tidak betul strukturnya kerana dituturkan oleh pengguna yang bukan bahasa ibundanya Melayu. Tetapi kini bahasa pasar, bahasa kasar dan bahasa tidak sopan telah manjadi satu fenomena baharu dalam kalangan masyarakat. Gejala ini bukan sahaja melibatkan pertuturan secara lisan, malah telah menular hingga ke bentuk penulisan.




Contoh  bahasa media yg tidak bersantun yang sering dikesan ialah:

1)    “Sakai
      Bagi masyakarat Melayu secara umumnya sakai bermaksud salah suku kaum dalam 
      masyarakat Orang Asli iaitu orang Asli kaum Sakai seperti juga kaum lain dalam kaum
      orang Asli seperti Senoi dan Jakun. Justeru penggunaan sakai dalam masyarakat Melayu  
      membawa konotasi negatif iaitu dianggap sebagai cacian.


2)    “Butuh”
      Dalam masyarakat melayu di Malaysia butuh membawa maksud carutan. Perkataan ini  
      merupakan perkataan yang tidak dibenarkan penggunaannya kerana dianggap sebagai     
      mencarut.
3)    “Bodoh @ Kepala otak”
       Perkataan ini merupakan antara bahasa kasar dan digunakan semasa memarahi orang    
      yang lemah atau kurang pandai.

4)    “Kurang ajar”
       Perkataan ini merupakan antara bahasa kasar digunakan memarahi orang yang tidak   
       bersopan santun.



Contoh penggunaan bahasa kasar dalam filem melayu :






Filem Kongsi : Barua, hang berani mai tempat aku …. Hang berani picit puting tetek aku…..
:…… sebab apa nama aku naik, depa nak cari mampus
dengan aku apa ..

Melalui dua dialog filem Kongsi di atas terdapat beberapa perkataan yang berunsur bahasa kasar digunakan secara terang-terangan iaitu barua, tetek dan mampus. Perkataan barua dan mampus merupakan perkataan makian manakala tetek merupakan perkataan carut. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menunjukkan kemarahan dan untuk menyakitkan hati pendengar.  Sepatutnya ungkapan seperti ini tidak patut digunakan secara sewenang-wenangnya kerana menunjukkan maksud yang sangat jelek.


CONTOH PENGGUNAAN BAHASA TIDAK SANTUN DALAM SMS
Tidak kira sama ada dituturkan kepada sesama rakan sebaya atau yang lebih berusia,
penggunaan kata ganti nama diri yang sopan dan lebih manis seperti awak, anda, saudara, encik, tuan dan sebagainya telah digantikan dengan panggilan ringkas seperti ‘lu’, ‘gua’, ‘bro’, ‘beb’ dan banyak lagi. 



Kesimpulannya, media elektronik seperti komputer dan telefon bimbit memang membawa banyak kemudahan kepda kita tetapi kita mestilah menggunakannya dengan sopan-santun. Kita mestilah menunjukkan nilai-nilai kesantunan dalam percakapan harian malah menggunakan bahasa yang santun semasa memberi komen dalam laman sosial Facebook atau menghantar SMS kepada rakan. Kita dilarang sama sekali untuk menggunakan bahasa kasar dalam media kerana amat menjejaskan imej seseorang.









No comments:

Post a Comment