Sunday, August 11, 2013

BAHAN KULIAH 2: KESANTUNAN BERBAHASA

“BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA”
          Orang Melayu memandang tinggi terhadap bahasa
          Bahasa mewujudkan hubungan kemanusiaan yang harmoni dalam masyarakat.
          Bahasa seseorang menggambarkan personalitinya

DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA
          Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan
          Cara dan bentuk bahasa yang digunakan dengan penuh sopan; Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
        Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
        Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
        Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

SISTEM SAPAAN DAN PANGGILAN
        Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
        Melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
        CIRI : Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
ü  Pemilihan kata: Sesuai dengan situasi, topik perbincangan , hubungan penutur-pendengar
ü  Nada : rendah / lembut
ü  Gerak laku: lemah lembut
ü  Gaya dan ragam: tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak
          Termasuk laras bahasa istana seperti patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
          Pak/Mak/Pak Cik/Mak Cik: orang yang sebaya dengan ibu bapa kendiri.
          Tok: orang yang sebaya dengan datuk/nenek kendiri.
          Abang/Kak: orang yang lebih tua daripada kendiri tetapi tidak setua ibu bapa.
          Adik: orang yang lebih muda daripada kendiri.
          Jenama kekeluargaan:
1.       Pertalian darah: Pak/Mak Long, Pak/Mak Ngah, Pak/Mak Lang, Pak/Mak Njang, Pak/Mak Cik, Pak/Mak Su, Bang/Kak Long, Bang/Kak Ngah, Bang/Kak Cik
2.       Ikatan perkahwinan: Pak Mertua, Mak Mertua dan Tok Mentua, bang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. (Ipar merujuk kepada ahli keluarga suami atau/isteri selain menantu dan mertua.
          Gelaran Pergaulan Bebas :  Cik untuk perempuan yang belum berkahwin, Encik untuk lelaki sahaja.

BAHASA SAPAAN : GELARAN BERDASARKAN PANGKAT/STATUS
          GELARAN PERGAULAN FORMAL: Pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan-sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan, kedudukan sosial atau sekatan sosial disebabkan si penyapa belum begitu kenal.
1.       TUAN: Lelaki yang lebih tinggi pangkatnya dan yang bergelar Haji, Doktor, Profesor
2.       PUAN: Perempuan yang bersuami, belum kahwin tetapi memegang jawatan Guru Besar, Pengerusi
3.       CIK/ENCIK: Sama seperti “tuan”
4.       SAUDARA/SAUDARI: Orang muda
          GELARAN WARISAN: Gelaran yang diwarisi sejak kelahirannya (Tengku/Engku, Tuan Syed, Megat, Abang, Wan, Nik, Awang, Dayangku)
          GELARAN KURNIAAN KERAJAAN :
Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Gelaran dianugerahkan oleh kerahaan kerana berjasa
+Doktor/Profesor/Haji (jika ada)
+Nama
=Datuk Sri Dr Mahathir
          GELARAN KEAGAMAAN :
Haji/Hajah (Orang yang telah menunaikan Fardhu Haji)
Imam/Lebai/Bilal (Petugas di masjid)
          Gelaran Kurniaan Ikhtisas : diperoleh kerana kejayaan dalam bidang ikhtisas/akademik (profesor, Doktor, Cikgu, Ustazah, Ustaz dll)
          Gelaran Warisan:
1.       Raja (Perak/Selangor), Pangeran/Pangeran Anak/Pangeran Muda (Brunei) Tengku (Kelantan/Pahang/Kedah/Terengganu).
2.       keturunan Nabi Muhammad: syed/sayid (lelaki), Syarifah (perempuan).
3.       keturunan dari luar Malaysia: Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi/Sutan (Minangkabau), Teuku/Teungku (Aceh).
          Rujukan Hormat
1.       Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
2.       Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri: Duli Yang Maha Mulia
3.       Balu Raja: Yang Maha Mulia
4.       Raja Muda / Tengku Mahkota: Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
5.       Kerabat Diraja Karib: Yang Amat Mulia
6.       Bergelar warisan: Yang Mulia
7.       Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri: Yang Amat Berhormat
8.       Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat): Yang Berhormat
9.       Wakil Rakyat bergelaran Tengku / Raja: Yang Berhormat Mulia
10.    Tun, Toh Puan: Yang Amat Berbahagia
11.    Yang bergelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) /gelaran ikhtisas yang formal: Yang Berbahagia
12.    Ketua Hakim Negara: Yang Amat Arif
13.    Ketua Polis Negara: Yang Amat Setia
14.    Hakim, Kadi: Yang Arif
15.    Mufti dan pemimpin Islam: Sahibul Samahah
16.    Ketua jabatan tanpa gelaran: Yang Berusaha

ATURAN SAPAAN
Peraturan semasa memberi ucapan :
  1. Memberi salam
  2.  Pengerusi / pengacara majlis
  3.  Tetamu khas (VIP)
  4.  Tetamu lain mengikut protokol
Sapaan: Tuan-tuan, saudara saudari

BAHASA TUBUH
          Suatu cara berkomunikasi bukan lisan
          komunikator menggunakan: Gerakan anggota badan (tangan, kepala) mata, mimik muka dll
          Boleh menyampaikan sikap/utusan yang sukar disampaikan secara lisan / tulisan
          Boleh menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang
          Boleh mengukuhkan hujah dan menilai maklum balas penerima
          ISYARAT GERAKAN TANGAN
1.       EMBLEMS: digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu maksud
2.       Illustrators: digunakan dengan ucapan untuk membantu/mengukuhkan pemahaman

EMBLEMS
  Dipengaruhi budaya bangsa
  Contoh: V bermaksud sejagat:
  Maksudnya tepat & difahami penerima
  Untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tidak mahu diucapkan

MIMIK MUKA
      Menggambarkan perasaan dan peribadi
      Seseorang itu tidak boleh berbohong dengan mimik muka
      Komunikasi akan lebih berkesan sekiranya komunikator faham mimik muka

KEPENTINGAN BAHASA TUBUH
Setiap komunikator perlu membaca bahasa tubuh pihak kedua semasa berkomunikasi untuk mengetahui:
        Bila kita mesti mengubah sikap atau menukar tajuk perbualan
        Bila kita patut berhenti bercakap
        Bila kita patut membuat sesuatu yang lain sama sekali
Bahasa tubuh juga menunjukkan kesopanan / kesantunan seseorang

PANDUAN MEMBACA BAHASA TUBUH
1.       Berpeluk Tubuh dan Bersilang Kaki
  Bersikap defensif terhadap idea kita
  Biasanya pendengar akan mengikut penyampai. Sekiranya penyampai berpeluk tubuh, penerima juga akan ikut berpeluk tubuh.
2.       Bercekak Pinggang
        Sedang bersiap sedia / Tidak sabar untuk melakukan sesuatu
        Menunjukkan status: lebih berkuasa
Sesuaikan bahasa tubuh kita sekiranya orang yang dilawan bercakap menunjukkan bahasa tubuh yang positif. Releks, mesra dan terbuka


No comments:

Post a Comment