Tuesday, August 13, 2013

ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI : PENYALAHGUNAAN FACEBOOK

Isu teknologi maklumat dan komunikasi






Pengenalan

Kemunculan internet sebagai medium komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana itu, tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber. Orang ramai boleh memperoleh pelbagai maklumat sama ada yang berbentuk idea, propaganda, pornografi dan sebagainya yang disebarkan menerusi internet.  Kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan banyak orang menyalahgunakan internet dalam aktiviti yang tidak baik .

Tetapi, sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke mana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan, internet juga adalah kilang segala “sampah-sarap yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para remaja. Ada sekian banyak laman-laman web yang mendedahkan bahan-bahan negatif termasuk propaganda mengenai fahaman-fahaman tertentu, penghinaan terhadap agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan budaya kesopanan kita, dan berbagai-bagai bentuk kelucahan.



Isu menyalahgunakan laman sosial FACEBOOK



Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baharu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini.
Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.
Kedua pelajar tersebut dikenalpasti sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila.
“Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.
Pada 13 Jun lepas Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda.

Artikel ini menyatakan bahawa ada pelajar yang menyalahgunakan laman sosial untuk melakukan penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda.


Tidak dapat dinafikan bahawa FACEBOOK adalah medium terpenting dalam menyampaikan maklumat peribadi kerana ianya mudah dan percuma, hanya perlu melengkapkan 'password', anda boleh terus menggunakannya.

Sejak mula popular di sekitar pertengahan 2008, Facebook dilihat sebagai laman web terpenting dalam perhubungan sosial terutama untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan. Jika dilihat dari sudut pengguna Facebook, kenyataan terbuka tanpa tapisan sememangnya mudah ditulis dan diluahkan dalam laman sosial ini.

Namun, media sosial ini juga mempunyai elemen negatif yang mampu memberi kesan buruk kepada keharmonian negara. Hal ini boleh ditunjukkan oleh isu pelajar menghina Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial.

Malah, ada di antara pemilik akaun Facebook, sering memberi kenyataan sensitif . Ada pihak yang mendedahkan aurat, maki hamun, fitnah serta mendedahkan keaiban suami isteri. Selain itu, ada pihak yang mengambil kesempatan membuat akaun peribadi orang lain lalu menyebarkan gambar atau maklumat palsu. Di samping itu, ada juga pihak yang menggunakan kemudahan Facebook untuk mempersendakan agama serta membuat kenyataan bersifat perkauman yang boleh menggugat keharmonian. Mereka berbuat demikian tanpa menyedari perbuatan itu, akan mengundang padah, khususnya dalam isu yang melibatkan keharmonian negara.


Contoh Penggunaan bahasa kasar dalam laman sosial FaceBook:

Pelajar 1 : mane ade aku bajet gangster.aku gangster la

Pelajar 2 : gangster taik anjing

Pelajar 3 : adushh,, skrg ni aq sdh la.... knape dyea time aq,,, aq kn budax budax lgi..??? knape dia x cri pengganti slain aq??? aq jugk yg dyea nk.. ayt x blh bla jea... bile aq tnye kenape dia pilih aq, dia ckp "dengn hati budi dan keikhlasan adalah perkara yang amat penting bgi satu prhubungan dan kawan yang sudi mendengar masaalah." aq cepuk jugak kang ayat dyea ni... mcm x de org laen kat KL tu,.... adushh,, pe ni awk?? x kn x de org laen kat KL sane tuh..??? kat KL tu kn pempuan nye comei comei... hurmm... btw.. im sory

Pelajar 4 : ececehhh, Married uh ngn BFF aq, sjak bile un kapel ngn dyew ?

Kempat-empat pelajar di atas merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah yang berusia antara 12 hingg 15 tahun. Perkataan yang digunakan merupakan perkataan yang dianggap sebagai bahasa kasar, ayat yang digunakan pula  merupakan ayat yang lintang-pukang tatabahasanya. Penggunaan struktur yang salah, ejaan yang sengaja direka untuk membentuk intonasi remaja masa kini. Antara perkataan yang secara jelas menunjukkan bahasa kasar ialah gangster taik anjing. Dalam pertuturan melayu istilah taik dan anjing merupakan satu makian.  Begitu juga dengan istilah cepuk yang menampakkan emosi sedang marah yang membuak-buak.



Implikasi Kepada orang yang menyalahgunakan media

  • Dikenakan hukuman penjara
  • Didakwa atas Akta Hasutan 1948
  • Menjejaskan nama dan imej baik sendiri
  • Dipandang rendah dan dikecam oleh masyarakat

Implikasi Kepada Negara
• Menjejaskan keselamatan negara
• Menjejaskan nama dan imej baik Malaysia
• Provokasi sentimen perkauman dan keagamaan
• Ekonomi merosot
• Menakutkan pelabur dan peniaga asing dan tempatan untuk melabur di Malaysia
• Menjejaskan industri pelancongan
• Mewujudkan sentimen anti Malaysia dan persepsi palsu dan negatif
• Bertentangan dengan tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia


Undang-undang Negara yang Diguna Pakai untuk Kes-kes Tempatan
 Akta Fitnah 1957
Tindakan sivil ke atas penyebaran kenyataan berunsur fitnah untuk menjatuhkan reputasi seseorang.

• Akta Hasutan 1948
Melarang penyebaran dan penerbitan maklumat yang menghasut.

• Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).


Klasifikasi Kod Kandungan
• Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta 
   Komunikasi dan Multimedia 1998;
• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, 
   pornografi kanak-kanak;
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian,     
   mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.


Langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini
• Mewujudkan rangka kerjasama antara pelbagai pihak dalam menangani laman-laman web yang berunsur hasutan, berniat jahat atau mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
• Melaksanakan tindakan lanjut bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain terhadap laman-laman web tempatan yang ekstrem, berunsur hasutan, lucah, berniat jahat atau mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
           
Kesimpulannya, manusia perlu lebih bijak dan peka dengan batas kebebasan dan tidak menyalahgunakan kebebasan mengunakan media yang telah disediakan. Manusia mesti menggunakan media dengan santun dan dengan cara yang betul. Selain itu, akta-akta ini juga perlu dikekalkan sebagai pengawal dalam kebebasan media dan teknologi yang sebelum ini bebas melakukan apa saja tanpa memikirkan baik buruk akibatnya di kemudian hari. Hanya dengan cara itu matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju yang masyarakatnya tidak dikongkong oleh pegangan lapuk dapat dicapai.





No comments:

Post a Comment