Tuesday, August 13, 2013

ISU KESANTUNAN GURU : SIKAP GURU BAHASA INGGERIS PERBODOHKAN PELAJAR

ISU KESANTUNAN GURU



ANALISIS ISU

Artikel di atas merujuk kepada perasaan kecewa sekumpulan murid terhadap sikap seorang guru Bahasa Inggeris yang  mengajar mereka. Guru tersebut menghina dan memperbodoh-bodohkan pelajarnya. Guru Bahasa Inggeris itu juga tidak menunjukkan minat dan tidak menunjukkan kesantunan dari segi berbahasa dan tingkah laku. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan guru. Guru adalah seorang pendidik yang perlu menunjukkan sikap dan sahsiah yang baik kepada pelajar. Guru tersebut perlulah ikhlas dan bersemangat untuk mengajar dan bukannya memperbodoh-bodohkan dan memperlekehkan pelajarnya. Sebagai seorang guru, kita mestilah ikhlas dan sanggup berkorban demi merealisasikan hasrat pelajar dan juga ibu bapa mereka.




CIRI-CIRI KESANTUNAN GURU:

·         ikhlas,
·         jujur,
·         penyayang
·         sanggup berjuang untuk agama, bangsa dan Negara
·         peramah
·         pemurah dan bersedia memperbaiki kesalahan yang dilakukan         oleh pelajar-pelajarnya.



Tugas guru sangat berat untuk mendidik murid untuk berjaya dalam pelajaran dan juga mempunyai sahsiah diri yang baik. Guru juga perlu bersyukur dan berterima kasih tidak kira pada sesiapa. Guru perlu sentiasa mempunyai sifat yang baik dan sentiasa berterima kasih dan bersyukur. Contohnya, guru bahasa Inggeris ini perlulah bersyukur kerana diberi peluang pekerjaan yang baik dan bersyukur dengan kelulusan yang ada bukannya meninggi diri. Guru juga perlu menghargai dan menghormati pihak lain. Guru perlu menghormati pentadbir sekolah, rakan-rakan guru, ibu bapa dan juga pelajar. Di dalam percakapan pula, guru perlu menggunakan kata-kata yang baik semasa berkomunikasi. Ucapkanlah perkataan yang baik-baik semasa mengajar dan juga berkomunikasi kerana pelajar sangat sensitif dengan perkara ini.



KESANTUNAN TINGKAH LAKU


Kesantunan tingkah laku adalah tatacara bertindak atau gerak-geri guru etika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Guru perlu bijak dalam membentuk tingkah laku. Guru sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Oleh itu, aspek kesantunan perlu diutamakan. Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambilkira kepada norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Apabila cara berbahasa seseorang guru tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka akan dilabelkan dengan nilai negatif. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois,tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.


NILAI KESANTUNAN yang perlu diamalkan oleh Guru:


CARING
•          menumpukan perhatian kepada idea dan perasaan rakan
•          menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat
•          bersifat terbuka dan mendengar apa yang telah rakan tuturkan

UNDERSTANDING
•          mempunyai kemahiran “caring”
•          memahami maksud dan dapat merasai perasaan pengalaman orang lain
•          elak daripada membebel, menilai dan menghukum

TRUSTING
•          harus mempercayai rakan yang telah memberi perhatian kepada kita
•          kepercayaan akan wujud dari tingkah laku dan gerak badan yang bukan lisan

ACCEPTING
•          menghormati rakan/orang lain kerana mereka ada harga diri
•          memahami dan menghargai
•          elakkan dari menghukum dan melebel

PATIENCE
•          kesabaran menghadapi tingkah laku manusia
•          berupaya mendengar dengan tekun
•          dapat mengawal perasaan
•          belajar menghormati, menghargai dan memahami orang lain

POSITIVE THINKING
•          keupayaan melihat sesuatu dari perspektif positif
•          sesuatu yang terjadi mesti ada hikmah dari allah/tuhan
•          cuba melihat kebaikan disebalik isu yang dianggap negatif

LISTENING
•          jadi pendengar yang baik dan aktif
•          memahami maklumat yang diterima dengan berkesan
•          pendengar yang baik bukan pendengar yang pasif
•          belajar mendengar yang tersirat, bukan yang tersurat sahaja

EMPATHY
•          keupayaan melihat sesuatu dari perspektif orang lain.
•          berupaya merasakan sebenar perasaan orang lain
•          masuk dalam diri orang yang menyatakan perasaannya
•          tahap empathy yang tinggi terhadap rakan sekerja



Kesimpulannya, tugas guru memang merupakan satu tugasan yang mencabar dan setiap daripada cabaran itu haruslah diatasi dengan sebaiknya oleh guru. Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan dalam pembentukan masyarakat. Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.  Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Oleh itu, adalah menjadi suatu kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan.










No comments:

Post a Comment