KONSEP
KESANTUNAN
• Perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam interaksi (Lakoff, 1975:64)
• Usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa konflik (Fraser& Nolan, 1981:96)
• Perlakuan yang mewujudkan
pengiktirafan diri dalam interaksi sosial (Leech, 1983:104)
• Usaha mengurangkan Tindakan Ancaman
Muka (Brown &Levinson, 1987:62)
• Penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000:88)
• Perlakuan yang diamalkan untuk membina
persefahaman (Bayraktaroglu,1997:5)
RUMUSAN : Kesantunan merupakan penggunaan
kata-kata atau perlakuan yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, sentiasa
menjaga air muka pendengar, ikhlas dan merangkumi hubungan manusia-manusia dan manusia-khalik
KONSEP
MUKA
• Muka dalam masyarakat Melayu
merujuk kepada air muka (Asmah, 2000:101)
• Menjangkau ruang lintup melampaui
masa berlangsung sesuatu perbualan
• Melibatkan anggota
keluarga/masyarakat
• Merujuk kepada hubungan manusia
dengan manusia dan manusia dengan Tuhan
• Dalam bacaan doa:
“Sesungguhnya aku menghadap wajahku (mukaku)
kepada zat Allah yang menitahkan emua yang ada di langit dan di bumi dengan
kecondongan hati serta menyerahkan diri.”
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada
agama (Allah); fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi
kebanyakan tidak mengetahui” (al-Ruum:30)
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka
ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha
luas (rahmat-Nya) lagi maha mengetahui.” (al-Baqarah:115)
MODEL
KESANTUNAN BAHASA
• Model Kesantunan Lakoff (1975): Jangan memaksa, berikan pilihan, jadikan
pendengar selesa
• Model kesantunan Asmah (2000): (Kesantunan Asas) Kesantunan yang
sedia ada iaitu sikap berbaik-baik dalam masyarakat. ( Kesantunan Berkendala) Usaha
yang dilakukan dalam sesuatu interaksi
• Kesantunan Berkendala: Siapa yang bercakap? Apa yang
dicakapkan? Di mana percakapan berlaku? Mengapa percakapan berlaku? Bagaimana
cara percakapan disampaikan?
STRATEGI
KESANTUNAN ORANG MELAYU
• Kategori Strategi Budiman : ikhlas,
memudahkan, merendah diri, maaf
• Kategori Strategi Kerjasama : penyelesaian,
persetujuan, muafakat, berikan peluang
• Kategori Strategi Menyenangi
• Kategori Strategi Kiasan
• Kategori Strategi Berhemah
• Kategori Rujukan Sumber (merujuk
sunah)
• Kategori Strategi Ungkapan Rabbani
: ungkapan salam, bismillah
• Strategi Bukan Bahasa: senyum, Bersalam,
duduk, artifak
KESANTUNAN
BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU
•
Kesantunan Bahasa Dalam Kurikulum
BM T5
1.1 Berbual dan berbicara tentang
perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga,
rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada
yang sesuai;
1.4 Bersoal jawab secara
bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan;
1.5 Berbincang dan membidas hujah
dengan sopan dalam pelbagai situasi;
1.6 menyatakan perasaan secara
berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan
•
Kesantunan Bahasa Dalam Kurikulum
BM T1
–
Aras
1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan
ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan.
–
Aras
1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada
ahli yang lain dengan mesra dan santun.
–
Aras
1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi
seseorang.
•
Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas (Sehijau Warna Daun)
(a) Perlakuan bahasa
• Memberikan kata nasihat dalam
bentuk pujukan: Belajarlah bersungguh-sungguh. Kita tiada harta. Pelajaranlah
harta buatmu, nak.”
•
Kata
pujian…: “Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”
•
Kata
panggilan yang sesuai: “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli. “Tak nak, bang.
Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(b) Bukan perlakuan bahasa
•
Empati
: Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
•
Air
muka/ raut wajah: …wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya.
Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik
senyumannya.
•
Bertanggungjawab:
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya
untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
•
Senyum
Junainah mekar dan segar.
•
“Ya
Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini,”
•
“Insya
Allah, saya akan datang!”
•
“Tak
mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi itu.
Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak.”
Jika kita pengurus,
Jalankan kerja dengan terurus.
Jika kita pekerja,
Jalankan kerja dengan rela.
Jika kita guru,
Amalkanlah apa yang tahu.
Jika kita pelajar,
Amalkan apa yang diajar.
Jika ingin menjadi pandai,
Ajaran guru janganlah lalai.
Jika sudah berada di puncak jaya,
Ibu dan bapa dilupa jangan.
Yang kurik kundi,
yang merah saga;
yang baik budi,
yang indah bahasa.
yang merah saga;
yang baik budi,
yang indah bahasa.
Best Gambling Sites for 2021 - DRMCD
ReplyDelete5 best gambling sites for 2021 - 충주 출장안마 DRMCD, 영주 출장샵 Casino.io and Casumo. Play 경상남도 출장샵 the best online 경산 출장마사지 casino games in your area. Find 토토 사이트 추천 the most reputable casinos