Friday, August 16, 2013

M4 : Takrif Kesantunan

TAKRIF-TAKRIF KESANTUNAN


Lakoff
     Lakoff menginterpretasikan kesantunan sebagal perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

     Bagi Fraser dan Nolan, kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni, tanpa menimbulkan sebarang konflik.

     Leech pula menyatakan bahawa kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau juga berpendapat bahawa kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kedasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan penilihan strategi untuk mengelakkan konflik. Beliau berpendapat perbincangan tentang kesantunan agak berbahaya apabila dikaitkan dengan tingkah laku manusia yang secara zahimya manis tetapi sebenarnya bersikap tidak jujur.

     Brown dan Levinson pula mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. Pada mereka, setiap orang mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat sejagat. Sehubungan itu, sewaktu berlaku komunikasi, penutur perlu mengurangkan aneaman terhadap muka pendengar dengan memilih strategi kesantunan.

     Held menyatakan kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.

     Watts et.al pula berpendapat bahawa kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial. Beliau menganggap, keupayaan untuk mengelakkan konflik bergantung kepada sosiobudaya sesuatu masyarakat. Di samping itu juga, cara berbahasa itu banyak bergantung kepada peristiwa bahasa, aktiviti sosial dan darjah perkongsian terhadap set-set jangkaan budaya di kalangan mereka yang terlibat dalam sesuatu percakapan.

     Aspek kesantunan berbahasa juga pernah diutarakan oleh Asniah Haji Omar. Menurutnya kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

     Bayraktaroglu berpendapat bahawa kesantunan itu merupakan perlakuan yang diamalkan untuk membina persefaharnan bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi renggang.

     Berdasarkan pentakrifan makna kesantunan yang diberikan oleh beberapa pengkaji, dapatlah disimpulkan di sini bahawa kesantunan merupakan penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Ini bererti bahawa pentakrifan makna kesantunan hanya berfokus pada penjagaan muka peserta sewaktu beriangsungnya perbualan dengan menggunakan strategi berbahasa yang mampu mengekalkan keharmonian suasana perbualan.

Rujukan : http://studentsrepo.um.edu.my/2057/6/BAB_3.pdf

No comments:

Post a Comment