AMALAN BUDI BAHASA
dalam Masyarakat Kadazan-Dusun
Ø kelompok etnik bumiputera Sabah
Ø tinggal di sebelah pantai barat Sabah dan kawasan pedalaman.
Ø "Kadazan-Dusun" diwujudkan
bagi menggabungkan kaum-kaum .
Ø unik
dengan budaya yang tersendiri.
1. Sikap
Kekitaan:
Walaupun terpisah dengan identiti sub suku dan kawasan geografi penempatan, mereka tetap menanamkan sikap kekitaan yang mendalam sebagai satu rumpun yang sama.

2. “biar mati anak, jangan
mati adat” :
Meraka berusaha mempertahankan adat dan tradisi mereka. Hal ini kerana mereka mempunyai sesuatu nilai yang tersendiri, signifikan dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain itu, adat dianggap dapat mengatur budi pekerti dan pergaulan dalam kehidupan masyarakat.

3. Menghormati Golongan Bobolian dan Orang Tua :
Mereka percaya kepada makhluk halus. Mereka bergantung kepada bomoh yang digelar sebagai Bobolian dalam menjalankan upacara tertentu. Komuniti kaum kadazandusun mempunyai sikap rasa hormat yang tinggi terhadap golongan Bobolian kerana kebanyakan golongan itu merupakan golongan yang telah berusia lanjut, dan lazimnya komuniti kaum kadazandusun sangat menghormati golongan lebih tua daripada mereka.

4.
Sikap Toleransi :
Pengekalan kepercayaan tradisional dan penerimaan agama Islam dan Kristian di kalangan kaum Kadazandusun tidak sekalipun menggugat sikap bertolak ansur malahan mengukuhkan lagi keharmonian perpaduan antara mereka. Sikap toleransi turut diamalkan dalam komuniti kaum kadazandusun, di mana setiap ahli keluarga bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa adanya sikap prejudis antara satu sama lain.
Hubungan antara agama yang berbeza dalam masyarakat Kadazan terjalin dalam suasana yang harmoni. Rumah-rumah ibadat seperti surau dan gereja terletak berdekatan antara satu sama lain. Namun tiada sebarang rungutan dan bantahan yang ditimbulkan antara kedua-dua penganut agama tersebut.

5. Konsep
Ziarah-menziarahi:
Dalam menyambut perayaan , mereka mengadakan minsambai , iaitu ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Aktiviti ini menunjukkan sikap perasaan saling mengambil berat antara ahli-ahli komuniti bagi kaum Kadazandusun.

6. Penghargaan dan Penghormatan
terhadap Kinoingan:
Pesta Kaamatan disambut oleh Kadazandusun sebagai tanda meraikan tuaian baik. Menurut kepercayaan mereka, semangat padi disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Mereka mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan." Perayaan ini mengharapkan rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Pada masa yang sama, perayaan ini juga mengingatkan mereka supaya memberi penghargaan dan penghormatan kepada Kinoingan yang sanggup mengorbankan anaknya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya daripada mati kebuluran.

7. Tarian sumazau:
Tarian tradisional masyarakat Kadazandusun ialah tarian sumazau. Semasa menarikan tarian itu, mereka akan mengajak tetamu untuk bersama-sama menari untuk berkongsi kegembiraan. Tarian ritual ini juga mempunyai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi serta untuk menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

8. Ucapan Selamat:
Semasa sambutan perayaan, ucapan selamat akan dilakukan melalui kad, tulisan seperti postaer dan semasa bersalaman. Mereka akan menggunakan kata-kata seperti ‘Kopirisian Tadau Tagazo do Kaamatan’ yang bermaksud selamat merayakan hari pesta.

9. Upacara Perpaduan Keluarga:
diadakan untuk menjalin hubungan yang erat antara ahli keluarga. Semua ahli keluarga akan dijemput untuk menghadiri upacara menyembahyangkan arak Gampian Kinomol. Kemudian, mereka memukul bambu untuk mengeluarkan bunyi. Perbuatan ini bertujuan untuk memperbaiki dunia.

10. Melibatkan Diri dalam Aktiviti Kemasyarakatan:
Setiap ahli masyarakat Kadazandusun melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Apabila seorang teman menjemput datang ke rumahnya, individu tersebut tidak boleh menolak jemputan tersebut kecuali terdapat kesulitan yang memang tidak dapat dielak. Jika seseorang menolak jemputan, individu yang dijemput tersebut akan dikatakan bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri.

11. Sikap
Tolong-menolong:
Dalam aktiviti ‘mansalud’, jiran-jiran akan mengerjakan sawah bersama-sama. Sikap tolong-menolong mengerjakan sawah dan sikap berkongsi kesenangan dan kenikmatan secara bersama-sama diamalkan oleh mereka. Aktiviti ini diikuti dengan upacara makan beramai-ramai.Dalam aktiviti ‘mitatabang’ pula, pekerjaan dilakukan secara beramai-ramai ketika musim menanam padi. Kaum kadazandusun akan menolong jiran mereka yang kekurangan tenaga kerja untuk megusahakan sawah. Konsep tolong-menolong yang diamalkan ini menyebabkan suasana menjadi lebih meriah dan kerja yang dilakukan secara bersama-sama dapat diselesaikan dengan segera.

13. Kematian:
Dalam soal kematian pula, terdapat adat yang dianggap unik

Memberi Tahu:
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Perbuatan ini dianggap penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.
Moginupus:
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda yang terdapat di sekeliling rumah sebagai tanda marah terhadap jin yang menyebabkan kematian.

Pengebumian:
Mayat yang dimasukkan ke dalam tajau akan diletakkan di dalam rumah beberapa hari untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.

14.Sistem Panggilan dalam Keluarga:
Tujuannya adalah untuk mendokumentasikan semua jenis kata panggilan mengikut dialek supaya tidak hilang ditelan zaman. Sistem ini dapat membezakan individu dalam pelbagai aspek seperti umur, status, dan sebagainya. Selain itu, sistem ini turut menunjukkan kesantunan kaum kadazandusun ketika berbahasa dalam kalangan keluarga atau di luar hubungan keluarga. Antara contoh panggilan ialah:

·
ma, amo: bapa
·
ino: emak
·
aki: datuk
·
odu : nenek
Rujukan:
No comments:
Post a Comment