CONTOH
KESANTUNAN PENULISAN
DALAM BAHAN
PENULISAN
1. Menjemput
orang lain makan sebelum menjamu selera.
• Maryati: ‘‘Marilah kita sama-sama menjamu
selera, Kamal.’’
2. Mengambil
berat terhadap orang lain
• Pengawas pertandingan: ‘‘Hah, mengapa dengan
kamu?’’
3. Menyedari
dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan
• Maryati: “Tapi maafkanlah aku. Aku tetap
bersalah padamu walaupun kamu berterima kasih kepada aku.
4. Bersikap
pemaaf terhadap orang yang memohon maaf kepada kita
• Kamal memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan
kepadanya walaupun Maryati pernah mengkhianati Kamal.
1. Berkongsi
makanan dengan jiran kita
• Puan Ainun sentiasa mencuba resepi baharu dan memberikan
masakannya kepada jiran-jiran yang lain.
2.
Menghormati adat budaya kaum lain
• Puan Ainun menyedari bahawa penganut agama Hindu tidak makan
daging lembu dan akhirnya dia menghantar semangkuk bubur kacang kepada Cik
Punita.
3. Menyedari
dan mengakui kesilapan yang dilakukan
• Puan Ainun sedar akan kesilapannya kerana sebelum ini dia
menganggap penolakan makanan daripada Cik Punita sebagai satu penghinaan.
Cerpen
: Mencari Nafas Baharu
1. Menggelar
orang perempuan yang usianya lebih tinggi daripada kita sebagai kakak
• Ana: “Kakak, sudah bawa Milah ke hospital?”
2. Mengambil
berat terhadap pelajar
• Ana pergi ke rumah Milah untuk menziarahinya selepas dia
mendapati Milah sakit dan berkeadaan lemah.
3. Sanggup
berkorban terhadap pelajar
• Ana ingin mendermakan sumsum tulangnya apabila disahkan sumsum
tulangnya sesuai untuk Milah.
4. Percaya
kepada Tuhan
• Ana: Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Soal hidup dan mati terletak pada tangan-mu.
Drama
: Sebuah Perjuangan
1. Memberi
penghargaan kepada orang yang berjasa
• Pegawai Inggeris: Kamu
mesti terima ini hadiah. Kompeni beri penghargaan kepada kamu yang telah
memberi kerjasama.
2.
Mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah
• Jahul: Baiklah tuan. Terima kasih banyak tuan.
3. Memberi
salam kepada tuan kita
• Jahul: Selamat pagi, tuan.
4. Memberi
pujian kepada orang yang berjasa
• Pangeran Syahbandar:
Syabas, Awang! Syabas! Semangat dan sokongan begitu yang kita mahukan untuk
meneruskan suatu perjuangan.
Sumber:
penerbit
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Penulis Siti Maizatul Rozihani binti Ikhsan dan Zawinnajah binti
Md. Kaslan
No comments:
Post a Comment