Saturday, August 17, 2013

M12 : Peraturan Berbahasa (Tujuan Dan Giliran Bercakap)


Peraturan Berbahasa


Dalam percakapan, kita harus :
Ø  Bercakap tentang perkara yang penting dahulu. Hal ini kerana perkara yang penting itu  mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.

Ø  Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap.  Walaupun kita mempunyai banyak pandangan dan perasaan yang hendak diluahkan, tetapi kita perlu sedar bahawa bukan semua yang ingin kita cakapkan itu adalah penting. Hai ini kerana keterpaksaan dia mendengar sebaliknya akan menjana kebenciannya kepada kita, padahal tujuan percakapan kita adalah untuk membina perhubungan yang baik.


Ø  Tidak mencelah percakapan orang lain. Hal ini demikian kerana sekali kita mencelah, panjang pula kita menyambung huraiannya, sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan ternganga serta tidak dapat menyempurnakan percakapannya. Biarlah mencelah kita itu mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukannya untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap.

Ø  Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham. Demikian juga dengan pujian. Pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan.

Peraturan Berbahasa Dari Aspek 
Tujuan Dan Giliran Bercakap

Tujuan percakapan
Kita harus mengutamakan tujuan percakapan dalam pergaulan harian.


  Kita patut menitikberatkan perkara yang penting dahulu. Tujuan perkara itu mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek.


Contoh : Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Perkara tersebut haruslah diberitahu dengan secepat mungkin kerana merupakan perkara yang sangat penting.






  Jika kita mahu memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera, kita hendak mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang itu. Tapi, mesti diingat, walaupun perkara itu tidak segera, namun, perkara itu mesti disampaikan kepada pendengarnya.

Contoh : Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka kerana perkara tersebut penting tetapi tidak segera.

 Jika kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang tersebut pada bila-bila masa sahaja. Kita patut memilih masa yang sesuai di mana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan ‘relaks’ dan tidak melakukan perkara lain. Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan sesuai dijadikan idea percakapan dalam perbualan pada masa lapang.

Contoh : Kita boleh menyampaikan atau memberitahu sesuatu yang tidak penting semasa kita sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa lapang, seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya.


Giliran Bercakap
Kita harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya, giliran bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita. Contohnya,

Dalam keluarga,
1.     Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2.     Ibu atau bapa.
3.     Kakak atau abang yang lebih besar.
4.     Pihak yang paling kecil, khususnya adik.

Di sekolah,
1.     Pengetua atau Guru Besar.
2.     Penolong kanan sekolah.
3.     Ketua unit atau jabatan.
4.     Para pensyarah atau guru.
5.     Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.
6.     Para pelajar.



M11 Contoh Peraturan Berbahasa Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks Percakapan

Contoh Peraturan Berbahasa
Daripada Aspek Jarak Sosial 
Dan Konteks Percakapan

1.Menggunakan ungkapan yang sesuai untuk memulakan percakapan

Contoh:
“Selamat pagi” diucapkan pada waktu pagi
“Assalamu’alaikum “ diucapkan antara orang muslim
“Hello” diucapkan dalam situasi yang tidak formal


2. Berucap dengan bersopan santun tanpa mengira status sosial pihak lain.

3. Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.

4. Menggunakan bahasa dan perkataan yang sesuai dan mudah difahami ketika berucap.

5. Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar

6. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

7. Berdiri dalam jarak sosial yang sepatutnya, tidak terlalu dekat supaya tidak menimbulkan ketidakselesaan orang lain dan tidak terlalu jauh juga supaya mesej yang disampaikan cukup jelas. Jarak sosial bergantung pada hubungan orang tersebut dengan kita, budaya, situasi sosial, jantina dan kesukaan orang

Contoh jarak sosial :
  •  Jarak personal ( ketika berinteraksi antar teman akrab)

          Bentuk dekat : 45-75 cm
          Bentuk jauh : 75-120 cm
  • Jarak sosial  (ketika bertemu dengan kenalan)

          Bentuk dekat : 1.2-2.1 m
          Bentuk jauh : 2.1-3.6 m
  • Jarak publik (ketika berhubungan dengan masyarakat)

          Bentuk dekat : 3.6-7.5 m
          Bentuk jauh : lebih daripada 7.5 m



8. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

9. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

10. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

11. Tidak bercakap secara berkumam mulut

12. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

13. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama panggilan yang betul.

Contoh panggilan yang betul:

  • “Pak cik” dan “Mak cik” digunakan untuk orang yang lebih tua
  •  “Kak” dan “Abang” digunakan untuk orang yang lebih tua daripada diri kita tetapi lebih muda daripada ibu bapa kita
  •  “Encik” dan “Puan” digunakan untuk orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.


14. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

15. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

16. Jika berlaku perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik

Contohnya:

“Minta maaf, saya berpendapat bahawa…”

“Pada pendapat saya, …”



17. Alihkan topik pembicaraan  secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat.

Contoh ungkapan pengalihan topic perbincangan :

(SECARA FORMAL)

Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...
Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya….

(SECARA TAK FORMAL)
Wah, makin seru kalau kita bicara soal…
Boleh tahu pandanganmu tentang….

18. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

19. Memohon maaf Jika kita melakukan kesilapan

Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”

20. Mengucapkan terima kasih jika diberi bantuan

Contoh: “terima kasih ya”




21. Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi

Contoh:

Bagaimana menurut pendapat Anda?(formal)
Menurut pandanganmu gimana?(non-formal)
Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?

22. Menggunakan ungkapan pemisahan yang sesuai untuk mengakhiri percakapan

Contoh:

(SITUASI FORMAL)

Sekian saja pertemuan kita hari ini, jangan lupa...
Sebagai penutup, kita simpulkan bahwa...


(SITUASI TAK FORMAL)

Udah dulu ya, besok jangan lupa...
deh,jadi kita besok berangkat jam...
Selamat jalan
Okay, Goodbye


Sumber :

Friday, August 16, 2013

M10 : Kesantunan Penulisan dalam Bahan Penulisan

CONTOH KESANTUNAN PENULISAN
DALAM BAHAN PENULISAN


Cerpen : Harga Sebuah Lukisan




1. Menjemput orang lain makan sebelum menjamu selera.
Maryati: ‘‘Marilah kita sama-sama menjamu selera, Kamal.’’

2. Mengambil berat terhadap orang lain
Pengawas pertandingan: ‘‘Hah, mengapa dengan kamu?’’

3. Menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan
Maryati: “Tapi maafkanlah aku. Aku tetap bersalah padamu walaupun kamu berterima kasih kepada aku.

4. Bersikap pemaaf terhadap orang yang memohon maaf kepada kita
• Kamal memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan kepadanya walaupun Maryati pernah mengkhianati Kamal.



Cerpen : Budi Semangkuk Daging



1. Berkongsi makanan dengan jiran kita
• Puan Ainun sentiasa mencuba resepi baharu dan memberikan masakannya kepada jiran-jiran yang lain.

2. Menghormati adat budaya kaum lain
• Puan Ainun menyedari bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu dan akhirnya dia menghantar semangkuk bubur kacang kepada Cik Punita.

3. Menyedari dan mengakui kesilapan yang dilakukan
• Puan Ainun sedar akan kesilapannya kerana sebelum ini dia menganggap penolakan makanan daripada Cik Punita sebagai satu penghinaan.



Cerpen : Mencari Nafas Baharu


1. Menggelar orang perempuan yang usianya lebih tinggi daripada kita sebagai kakak
• Ana: “Kakak, sudah bawa Milah ke hospital?”

2. Mengambil berat terhadap pelajar
• Ana pergi ke rumah Milah untuk menziarahinya selepas dia mendapati Milah sakit dan berkeadaan lemah.

3. Sanggup berkorban terhadap pelajar
• Ana ingin mendermakan sumsum tulangnya apabila disahkan sumsum tulangnya sesuai untuk Milah.

4. Percaya kepada Tuhan
• Ana: Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Soal hidup dan mati terletak pada tangan-mu.



Drama : Sebuah Perjuangan
1. Memberi penghargaan kepada orang yang berjasa
 • Pegawai Inggeris: Kamu mesti terima ini hadiah. Kompeni beri penghargaan kepada kamu yang telah memberi kerjasama.

2. Mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah
• Jahul: Baiklah tuan. Terima kasih banyak tuan.

3. Memberi salam kepada tuan kita
• Jahul: Selamat pagi, tuan.

4. Memberi pujian kepada orang yang berjasa
 • Pangeran Syahbandar: Syabas, Awang! Syabas! Semangat dan sokongan begitu yang kita mahukan untuk meneruskan suatu perjuangan.






Sumber:
penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka
Penulis Siti Maizatul Rozihani binti Ikhsan dan Zawinnajah binti Md. Kaslan